Jom ke PARAM !!

PARAM

Aku tak pasti berapa ramai yang tahu istilah PARAM, ia sebenarnya singkatan kepada gabungan PASAR RAMADHAN jadi lah PARAM. Mula-mula dengar agak ganjil, kelakar dan pelik haha sebab aku ingat diorang sebut nama pelakon kerdil zaman AR Badul tu param tapi bukan. Tapi lama-lama jadi selesa bila sebut param. Aku guna singkatan ni masa belajar dulu kat UTM, Skudai memang semua pakai istilah ni bila bulan puasa. Sampai sekarang masih menggunakan PARAM bagi BAZAR or PASAR RAMADHAN. Masa mula-mula menetap di Subang, semua orang pelik bila aku sebut perkataan PARAM tapi sekarang tidak lagi malah semua menggunakan PARAM sebab ia pendek, ringkas dan jelas. Marilah semua gunakan perkataan PARAM !!! :-D



p/s: Bulan puasa ni memang aku rajin update blog even kerja melambak, selamat berpuasa ~ !!

3 comments:

rohing said...

tulis la blog byk..kurang2 leh tambah tempat aku ilangkan bosan..ko gak leh pahala byk2..haha..
terkenang PARAM taman university + UTM..

SysAdmin said...

Yups, istilah "param" ni pun aku start dengar dari officemate yg ex-UTM.

amri said...

puasa cukup tak yet?