5 Kisah Menarik
antara yang bijak atau kurang bijak

Cerita 1
Ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. Lift pun naik dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tua tak keluar. Kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tua pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. Maka bertanyalah saya pd wanita tua, "akak (sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.." tapi tadi akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas hati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator" sambil menggaru kepala...

Cerita 2
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Loh . ..kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 3
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak
ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "

Cerita 4
Pada suatu hari, ada seorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam. Dalam report kad semuanya merah belaka.. jd, bapanya membandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai...
bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull.. "
kerana kesal dibanding si anak menjawab.
anak: " yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik....."
bapa : ??

Cerita 5

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf Encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...

[melody on air]
Blondie - Maria
[what in my mouth]
Fisherman's Friend - Mint Lozenges

0 comments: