Ramalan PRK P36: Kuala Terengganu

Tidak mahu bercakap panjang, namun ramalan mudah menjelang PRK P36 kali ini ialah Parti Komponen dari Pakatan Rakyat akan memenangi PRK kali ini dengan mengatasi calon dari Parti Komponen BN iaitu UMNO.

Alasannya mudah, UMNO masih lagi dalam mood mereka dalam pemilihan parti pada Mac 2009. Maka akan banyak kisah2 belakang tabir akan dibongkarkan. Lagipula, strategi BN meletakkan Dato Wan Farid sebagai calon merupakan antara akan menjadi penyebab jika mereka mengalami kekalahan pada Pilihanraya kali ini. Umum sudah tahu, Dato' Wan Farid merupakan orang rapat dengan Khairi Jamaludin, dan Paklah. Jika bukan kerana abang Dato' Wan Hisham bekas exco Terengganu dalam kabinet Idris Jusoh begitu menonjol dengan Projek Monsoon Cup serta keakraban beliau dengan tokoh politik atasan tingkat 4 sudah tentu barangkali Dato' Wan Hisham masih lagi Adun Ladang. Cuma sedikit berbeza kali ini dengan Calon yang dikemukakan oleh BN dengan penyandang iaitu Arwah Razali Ismail yang terkenal sebagai bekas cikgu, bekas pegawai dan pengarah pelajaran negeri dan Malaysia sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Jadi pada telahan aku, UMNO perlukan taktik yang berbeza untuk menang kali ini, memang akan berlaku taburan duit ihsan untuk pengundi2 tetapi untuk mengatakan mood pengundi akan berubah atas sebab tersebut adalah agak sukar.

Ini cuma telahan atau ramalan semata-mata dari pemerhati politik dari atas menara rakyat. Sedikit sebanyak, mood pilihan rakyat kita sudah dapat agak kemana dan di petak mana pangkahan akan dibuat oleh para pengundi. Namun, siapa tahu mungkin UMNO dapat mengimbangi perlawanan politik dalam PRK P36 kali ini. Selamat mengundi !

1 comments:

ed meds said...

As the admin of this site is working, no question very rapidly it will be famous, due to its quality contents.