Lawak di bulan Puasa

Gosip 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah

Gosip 2
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan
gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Gosip 3

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Gosip 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


P/S: Wahahaha, lapar perut sebab gelak

0 comments: