Bahasa Melayu VS Bahasa Inggeris

Artikel : Bahasa Melayu ?

Makin hari makin aku tak faham agenda hala tuju bahasa kat Malaysia, kita terlalu mengikut adunan orang lain tanpa menyelidik arah tuju kemajuan sesuatu bangsa. Aku ingat lagi tiga tahun lepas dalam Utusan Malaysia, dalam muka surat bersebelahan. Dalam muka surat sebelah kiri menyatakan kita harus menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan dalam subjek Sains dan Matematik supaya anak-anak kita lebih mahir dalam Bahasa Inggeris. Di sebelahnya pula hasil dari resolusi Kongres Bahasa Melayu sedunia, "Kita mesti memperluaskan Bahasa Melayu ke seluruh dunia bagi menjadikan Bahasa Melayu sebuah bahasa yang diguna pakai di seluruh dunia". Di kongres tersebut boleh lah anda lihat orang-orang luar dari China, Rusia, Kanada, Eropah yang berbahasa Melayu. Memang satu petanda yang sihat tetapi realitinya kita tidak boleh mengulang sejarah kegemilangan Melaka di mana waktu itu Bahasa Melayu adalah bahasa seantero nusantara juga boleh digelar bahasa perdagangan. Kalau mahu diulas memang banyak tentang bahasa ini, aku bukanlah pendokong setia bahasa melayu mahupun bahasa inggeris cuma cara agenda tersebut dilaksana agak janggal dan ironi.

p/s: Jangan tanya kenapa aku tulis artikel pendek di atas, cuma gian mahu menulis :)

1 comments:

Chriz Yuen 殷声伟 said...

jika negara kuat, orang lain-lain ikut kami. jika lemah orang tak ikut.

I tidak pernah dengar orang pergi belaja bahasa afrika. Biasa dengar orang belanja bahasa jepun.