Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia
(diolah daripada Dewan Masyarakat Januari 2006)
Fakta 1 -Anggaran oleh David Crystal dalam The Cambridge Encyclopedia of Language (1987) ada 3000 hingga 10,000 jumlah bahasa di dunia. Terdapat 6000 daripadanya masih digunakan sebagai bahasa pertuturan harian
Fakta 2 -Daripada jumlah itu,hanya 20 bahasa sahaja bertaraf rasmi yang penuturnya berjumlah lebih daripada50 juta orang. Bahasa Melayu termasuk dalam senarai 20 bahasa utama dunia ini.
Fakta 3 -Jumlah penutur bahasa Melayu di pelbagai peringkat penguasaan di seluruh dunia adalah lebih daripada 280 juta orang.
Fakta 4 -Berdasarkan anggaran in i, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa ke5 terbesar di dunia selepas;
1.Bahasa Inggeris(1.4 bilion penutur)
2.Bahasa Cina(lebih 1 bilion penutur)
3.Bahasa Hindi(700 juta penutur)
4.Bahasa Sepanyol(300 juta penutur)
5.Bahasa Melayu(280 juta penutur)
Mendahului bahasa-bahasa penting lain seperti Perancis,Jepun, Jerman, Korea dan Itali.
Fakta 5 -Hanya 8 bahasa sahaja penyebarannya merentasi sempadan menjadi bahasa rasmi ataupun salah satu bahasa rasmi di beberapa buah negara lain. Iaitu bahasa Melayu,Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab, Rusia, Portugis dan
cina.
Fakta 6 -Daripada 8 bahasa hanya bahasa Melayu sahaja menjadi
bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tunggal dalam perlembagaan negara-negara itu.
Fakta 7 -Empat kriteria ukuran bahasa itu bahasa utama dunia ataupun
tidak.1,jumlah penutur bahasa itu besar. 2,taraf bahasa itu sebagai
bahasa rasmi di beberapa buah negara ataupun di negara yang bukan
tempat asal bahasa.3,status atau pentingny a bahasa itu sebagai alat
perhubungan antarabangsa.4,setakat manakah majunyanegara yang
menggunakan bahasa itu sebagai bahasa rasmi.Bahasa Melayu memenuhi
semua kriteria itu.
Fakta 8 -HANYA Bahasa Melayu sahaja tidak tersebar merentasi sempadan
negara asalnya melalui PENJAJAHAN. Ia berkembang menjadi lingua-franca
kerana kedudukan geografiknya yang strategik di Selat Melaka.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyatuan di Indonesia sejak
1928 dan diisytihar sebagai bahasa rasmi pada 1945. Mengatasi
bahasa Jawa yang lebih ramai penuturnya.
Fakta 9 -Di seluruh dunia, ada lebih kurang 129 pusat pengajian bahasa Melayu- di Eropah, Amerika Syarikat, Cina, Jepun, Rusia, Korea, Australia, New Zealand dan lain lain.
Fakta 10 -Kekuatan bangsa Melayu terletak pada bahasa ini. Orang Melayu akan lebih maju dan lebih kreatif akalnya apabila mereka berfikir dalam bahasa ini- bahasa ibundanya-seperti bangsa lain yang maju kerana mereka berfikir, mengarang, mencipta ilmu, sains dan teknologi dalam bahasa mereka sendiri.
sumber:
Petikan Kaca Di Jendela oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad,Dewan Masyarakat Januari 2006
p/s: kita akan lebih percaya kerana faktanya daripada bangsa asing. bukankan begitu?
Fakta: Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia
Posted by
Syed .Z
on Monday, November 06, 2006
Labels:
Articles and Fact
0 comments:
Post a Comment