World Cup Period - for male only

Contoh surat rasmi terbaik pernah aku baca hahahhaa.. sape la yang rajin betul buat surat ni haha



Untuk isteri / awek / kekasih tersayang*, dimana saja berada...

Ayang /Anja / Honey / Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa
menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap
bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika
kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang
minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini
untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama?
Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang
abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini
dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan
berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan
menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal
pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut,
preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca
berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di
Jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai
jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa
tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam
masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa
ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang
dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6
pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang
digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control
pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu
tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break
ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.
Jika ayang bercadang untuk di hadapan tv pada waktu tersebut,
pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut ayang
akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk
membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta,
pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk
membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan
bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan
sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati
perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half
time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada
masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau
berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat
penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang
tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa
jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang
memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak
pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk
menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap
sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan
rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English
League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan
yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang
kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan
hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.

Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang
setiap bulan.

Suami / bf / kekasih yang tersayang *

* potong mana yang tidak berkenaan.