Malique feat. Tun Dr M - Layu

Malique feat. Tun Dr M - Layu

Sesungguhnya,
tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsa semakin hilang…

Aku lihat layu dalam melayu,
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak.
ada juga bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dengan tak tergamak,
nanti dikata tak bersyukur,
dikata tak sedar diri,
jadi aku menyendiri..memerhati..
dan akhirnya mengakui..yang kita sendiri,
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam melayu,
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja,
tapi angin api kita lupa.

Mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
kita lupa…nenek moyang kaya raya,
jangan sekali-kali digadai harta bendanya.

Ku lihat layu dalam melayu…

Takkan melayu hilang di dunia..
Iya…tapi apa guna tak hilang di dunia,
kalau kewujudan tidak dirasa..
petah berbahasa, kudrat tak berjasa..
orang berbudi, kita hanya tau merasa..

Selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju;
Selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju..

Belum nyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak..
Bukan kata tak ada otak,
cuma tak berfikir di luar kotak..

Ku lihat layu dalam melayu…

Aku jadi sayu.
Bunga menangis, dia mendayu,
mahu jadi cantik tetapi ragu,
aku merayu..

Bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai…

perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda bangsanya
yang berjaya….



0 comments: