Kebijaksanaan seorang Imam Tua Kampung berbanding dengan Pemuda "overseas"

Kebijaksanaan seorang Imam Tua Kampung berbanding dengan Pemuda "overseas"

Ada seorang pemuda yang lama belajardi luar negara kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalambenak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnyatiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang Imamtua di kampungnya.

Pemuda: Pak Imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan,

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke nerakayang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebabmereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikirsejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham...??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya....!

Pak Imam: Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam...!!!

PakImam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semuamerasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak....!!?

Pak Imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak....!!!?

Pak Imam: Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda: Kulit dan daging...!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda: Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih....!!!?

PakImam: Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuatdari api, namun jika Tuhan berkehendak, maka Neraka akan jadilah iatempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurasalnya...!!

Pemuda: Allahuakbar!

3 comments:

Malay Atheist said...

HAL YANG PERTAMA

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

PEMUDA(sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam tampar saya?
PAK IMAM: Tamparan itu adalah jawapan saya.
PEMUDA: Saya amat tidak faham…??
PAK IMAM: Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
PAK IMAM: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
PEMUDA : Ya….!
PAK IMAM: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Si pemuda menampar balik si Pak Imam.
PAK IMAM: Adoi! Apa hal dengan awak ni?
PEMUDA: Pak Imam rasa sakit tu?
PAK IMAM: Mana tak rasa? Tentulah sakit!
PEMUDA: Ah, begitulah rasa sakit saya tadi. Tolong jangan mengelak soalan saya dengan analogi yang tidak relevan.

Malay Atheist said...

PAK IMAM: Okay, takpa. Tapi jawab soalan ini – apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
PEMUDA: Tidak.
PAK IMAM : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
PEMUDA: Okay, tapi soalan itu hanya soalan pembuka. Pak Imam tadi tampar saya kerana ianya sudahpun ditakdirkan atau kerana Pak Imam membuat pilihan sendiri untuk melakukannya?
PAK IMAM: Uh… kedua-duanyalah. Memang kita sudah ditakdirkan bertemu begini, tapi tadi saya tampar awak kerana saya membuat pilihan berbuat begitu.
PEMUDA: Eh, kalau kita sudah pun ditakdirkan melakukan sesuatu, itu bermakna yang kita sudah memang tidak ada pilihan. Sebagai contoh – sesat dan petunjuk seorang atau sekumpulan manusia terletak di tangan tuhan. Jadi kalau seorang Melayu mahu keluar dari Islam, ianya sudah pun kehendak Allah. Jadi buat apa nak salahkan siapa-siapa?
PAK IMAM: Alamak, kau ni – buat kacau sajalah. Ikut jalan cerita yang asal kan lagi bagus….

Malay Atheist said...

“Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Sebagai seorang ateis, saya tidak akan pernah menanyakan soalan ini. Kenapa? Bukan saja saya tidak percaya pada tuhan, tapi syaitan juga saya tidak percaya. Semua kebaikan dan keburukan yang ada dalam dunia ini berpunca dari setiap pilihan yang dibuat oleh kita sendiri.

Kelemahan yang ada pada fikiran tokoh falsafah Islam seperti Abu Haniffa senang sekali dijumpai kalau kita rajin berfikir dengan lebih dalam.

Tiada bukti yang Allah, Yahweh, Shiva, Hanuman, Sun Wu Kong atau apa-apa lain tuhan yang disembah oleh mana-mana lain agama itu wujud.