PRK: Parlimen Kuala Terengganu

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland sewaktu bermain badminton Jumaat lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof (gambar bawah), 89, (685 undi).


Apa yang aku harapkan pada PRK Kuala Terengganu kali ini.
-Projek-projek yang akan dilancarkan di K.T oleh pemimpin BN (ini sudah lumrah setiap kali PRK)
-Harga minyak turun lebih banyak dari kadar biasa, i.e:RM0.15 mungkin kepada RM0.20
-Kempen-kempen lebih rancak dengan adanya DSAI di tapak ceramah.
-Maybe adanya satu lagi calon bebas, dulu Tok Mun dengan parti Kunci maybe boleh jugak ada calon bebas dengan Parti Solex. :D

Apa yang aku tak nak tengok.
-FRU turun, buat kecoh seolah-olah ada rusuhan




P/S:Al Fatihah Kepada Allahyarham Dato Razali Ismail. Keluarga aku mengenali rapat dengan Allahyarham sejak zaman-zaman abah aku bermain badminton dengan beliau sejak zaman 70-80an lagi. Dan Allahyarham juga sempat menghadiri perkahwinan aku pada awal tahun ini. Al-Fatihah untuk beliau semoga rohnya di cucuri rahmat dari Allah S.W.T

0 comments: