Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - angkasawan malaysia ke-2

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - angkasawan malaysia ke-2

STAR CITY, Russia – Angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, mengakui terkejut apabila mengetahui beliau adalah orang kedua dari Malaysia yang berjaya ke angkasa.
Sheikh Muszaphar yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari, selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang kelmarin waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas menempuh perjalanan selama tiga jam 23 minit dengan kapsul Soyuz TMA-10.
Selain beliau, turut berada dalam kapsul tersebut adalah dua angkasawan Rusia iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov.


Untuk rekod, angkasawan pertama Malaysia ialah seorang rakyat Terengganu yang berasal dari Besut iaitu Ayah Pin.Figura 1: "Gua orang first!", kata Ayah Pin dalam costume DarthVader semasa lawatan ke set penggambaran filem terkenal arahan George Lucas di Hollywood ketika diminta mengulas.


P/S:Komentar dari Dr. Sheikh kepada Kerajaan supaya menghentikan dahulu penghantaran Dr. Faiz sebagai Pelancong Angkasawan ke-2 selepas beliau kerana merasakan kerajaan perlu menanggung kos yang amat tunggi. STS-MC (Space Tourism Society Malaysian Chapter – Persatuan Pelancongan Angkasa Cawangan Malaysia) amat gembira dengan perkembangan terbaru yang mana Muszaffar mengakui bahawa program angkasawan adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi iaitu melebih USD100 Juta. Sedangkan kalau kerajaan membuat RND untuk menyediakan sebuah kapal terbang angkasa lepas ke ruang angkasa ianya tidak melebihi USD80 Juta. Dan kapal angkasa tersebut boleh terbang melebihi 100KM dari muka bumi ini.

Dan tahukan anda, mana-mana Juruterbang yang membawa kapal mereka melebihi 80KM dari muka bumi boleh diisytiharkan sebagai angkasawan? Hah, kalau kerajaan RND dan bina kapal angkasa ni, sudah tentu Malaysia boleh menjadi pelopor kepada PELANCONGAN ANGKASA. Sudah tentu banyak orang-orang kaya yg tak tahu duit nak campak ke mana akan jadi pembeli tiket ke angkasa ini. Seorang charge USD50 Juta, kalau satu space shuttle boleh muat 5 orang, setahun buat 4 kali penerbangan cukuplah, boleh untung balik. Gua ni business minded beb!! hahhaha.
Figura 2: Bakal angkasawan seterusnya (gambar petak), kalau takda aral melintang bersama jet angkasa yang akan membawa beliau.

Kalau nak havoc skit, buat lah macam airasia, kita jual tiket ke angkasa lepas melalui internet. Penerbangan ke angkasa mengelilingi dunia selama 4 hari pada tahun 2020 mungkin boleh dijual hari ini dengan nilai USD 10 Juta, SAVE USD40 Juta beb!! Dengan anggaran tiket ke angkasa lepas ialah USD 50 Juta. So, cepat skit dapat untung boleh bikin bole cover duit tol. :D

But i do agree that this angkasawan programme really boost up budak-budak kat skolah untuk lebih meminati sains terutamanya sains astronomy. Kerana mereka sekarang sudah mempunya idola iaitu angkasawan. Aku sendiri tgk anak-anak buah aku bukan main sronot tgk kapal angkasa sekarang, itu hari masa Dr Sheikh datang ke TTI, K. Terengganu siap heret ibu diorang pergi nak tgk sheikh muzaffar. Sekarang, ibu-ibu kat Malaysia ada tagline baru dah nak suruh anak dia rajin belajar, "Nak jadi macam sheikh muzaffar tak?" baca buku Sains tu, siapkan kerja rumah math yg cikgu bagi tu cepat. Tapi yang lagi parah, lepas ada angkasawan ni siri popular ULTRAMAN pun main glamer hahahhaha.

Nabil, wa pinjam lu punya kata hikmat-LU PIKIR LA SENDIRI!!!

0 comments: