INFO: Kaitan Tidur Dan Keletihan



INFO: Kaitan Tidur Dan Keletihan
source: mailing list

Badan letih dan lesu walaupun kita merasakan telah berehat dan tidur secukupnya. Mengapakah hal ini berlaku?. Lazimnya kita bangun awal pada hari bekerja dan bangun lewat pada hari tidak bekerja atau cuti umum. Kita seolah-olah "balas dendam" kerana merasakan tidak cukup tidur pada hari bekerja. Namun yang berlaku adalah sebaliknya, badan kita semakin letih dan lesu.

Sebenarnya, pola tidur sedemikian telah mengganggu putaran biologi dalam badan anda atau "biological clock". Gangguan inilah yang menyumbang kepada keletihan tubuh badan anda. Menurut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, AS, badan kita mengeluarkan sejenis hormon kecergasan yang dipanggil cortisol. Sekiranya anda bangun tidur jam 7 pagi, cortisol akan dirembeskan 3 jam awal iaitu jam 4 pagi sebagai persediaan untuk anda bangun dan aktif.

Oleh itu, sekiranya anda mengamalkan corak tidur seperti di atas, jadual cortisol terganggu. Cortisol telah dikeluarkan pada jam 4 pagi tetapi pada hari itu anda bangun jam 11 pagi. Akibatnya, ketika anda bangun hormon kecergasan telah tiada. Anda akan merasa letih dan lesu walaupun tidur melebihi 8 jam sehari.

Jadi, jika anda mahukan kecergasan berpanjangan, jagalah amalan tidur anda agar tidak mengganggu putaran biologi di dalam tubuh anda. Tiada gangguan ini bermakna anda akan cergas, bertenaga dan aktif.



p/s: Patut la aku tdo lama letih :D
Selamat Berpuasa

0 comments: