‘Pengendali laman blog ibarat penembak curi’ > my comment

‘Pengendali laman blog ibarat penembak curi’


KUALA LUMPUR: Datuk Shaziman Abu Mansor semalam mencabar pengendali laman forum atau blog yang berselindung di sebalik nama samaran untuk tampil dan berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu semasa.


Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi itu berkata tindakan kumpulan yang mengkritik pihak tertentu termasuk kerajaan tetapi enggan mendedahkan identiti sebenar seperti penembak curi.

Katanya, kumpulan itu harus menghentikan kerja yang sia-sia dan tidak bertanggungjawab itu.



“Bukannya berlindung di sebalik blog atau laman web yang tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Dewan Rakyat semalam.

Tan meminta kerajaan mengawal tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan Internet untuk tujuan tidak baik.

Shaziman berkata, kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai peruntukan undang-undang mengawal internet termasuk laman forum dan blog berikutan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC), menyekat penggunaan Internet.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan kebijaksanaan rakyat menilai kesahihan pelbagai isu yang digembar-gemburkan di dalam internet.

“Kita boleh memantau dengan mendaftarkan semua blog atau laman web di dalam negara kita, tetapi kita jangan lupa, rakyat kita masih boleh mendaftar blog milik mereka di luar negara,” katanya yang menyifatkan perkara itu bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia serta sukar dibendung.

Menjawab soalan asal Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam), Shaziman berkata, kerajaan mengekalkan prinsip membiarkan pengendali stesen televisyen menjalankan proses saringan masing-masing dan tidak berhasrat mengetatkan kawalan siaran berita dan rancangan televisyen tempatan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
COMMENT AKU :

1 - Laman web tidak pernah disekat ketika era reformasi kerana untuk menyekat laman web ia adalah sesuatu yang mustahil jika ianya dipublish dari pelayan luar negara (bukan bermaksud aku menyokong reformasi), cuma kebebasan bersuara melalui laman web bagi aku adalah hak individu.

2 - BLOGGER juga adalah seperti penulis, mereka akan menggunakan nama samaran so ungkapan penembak curi yang dilemparkan amat tidak sesuai - bagaimana dengan penulis akhbar harian/gossip?

3 - quote dari berita atas - "Sehubungan itu, saya mengharapkan kebijaksanaan rakyat menilai kesahihan pelbagai isu yang digembar-gemburkan di dalam internet." : ya, rakyat malaysia bijak-bijak semuanya buat apa nak risau kalau berita tersebut tidak betul dan tidak sahih

4 - "Kita boleh memantau dengan mendaftarkan semua blog atau laman web" - kalau empunya dihost di malaysia boleh lah, inikan dunia IT its global be realistic

5 - no comment on stupid comment i heard lately regarding blog lah, internet lah etc.

p/s: pesan atok aku, jangan takut kepada bayang-bayang sendiri nanti kita sendiri yang menggelabah tibah :)

1 comments:

Anonymous said...

ya aku sokong ko 100%!!! kita harus diberikan kebebasan bersuara!! idup #fakap !!!