Quote #May-24th: Men and balls

Bola sepak punca lelaki ceria, murung


LONDON: Bola sepak didakwa membolehkan lelaki menzahirkan pemikiran dan perasaan dalam sanubari masing-masing, menurut kajian menjelang kejuaraan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung di Jerman bulan depan.


Hampir dua pertiga lelaki (64 peratus) percaya ketika menonton atau bermain bola sepak, mereka lebih sedia berkongsi perasaan mereka dengan lelaki lain berbanding ketika melakukan kegiatan lain.

Satu pertiga menyatakan, mereka tidak berasa malu memeluk rakan mereka ketika menonton perlawanan bola sepak.

“Bola sepak mempunyai kesan positif terhadap keadaan psikologi seseorang. Ia memberikan topik perbualan segera berkaitan pandangan terhadap pemilihan pasukan, strategi dan kemahiran pemain. Ia menjadi topik yang seronok untuk dibahaskan,” kata Ketua Psikologi Universiti Northumbria, Sandy Wolfson.

Kajian berkenaan dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Mental, sebuah pertubuhan bebas yang membantu penduduk di seluruh Britain mengekalkan kesihatan mental.

Ia melakukan soal selidik secara online dengan 500 peserta lelaki berusia antara 18 dan 70 tahun.

“Kebiasaannya lelaki jarang menzahirkan apa yang terpendam dalam sanubari mereka berbanding wanita dan apa yang menariknya, bola sepak membolehkan lelaki bercakap mengenai perasaan mereka secara semula jadi,” kata Pengerusi Yayasan itu, Andrew McCulloch.

Selain memeluk rakan, 70 peratus lelaki mengaku sesuatu perlawanan boleh menyebabkan mereka murung, manakala 58 peratus menyatakan apa yang berlaku ketika sesuatu permainan boleh menjadikan mereka menjadi lebih agresif.

Bagaimanapun, kemampuan bola sepak untuk menzahirkan emosi lelaki ada hadnya apabila tiga perempat lelaki menyatakan, mereka tidak pernah menangis berkaitan dengan keputusan sesuatu perlawanan. – Reuters

[root@sqew ~]# wget http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Dunia/20060523225206/Article/

0 comments: